Medical Grade 3D Print (MeG3rD), adalah model anatomi yang direka khas untuk digunakan bagi strategi rawatan perubatan. Ia menggabungkan data sebenar pesakit dan bahan mentah yang bergred perubatan untuk Cetakan 3D. MeG3rD bukan sahaja berupaya untuk meniru sesuatu patalogi (organ berpenyakit) yang kompleks, bahkan tekstur yang dibangunkan juga hampir sama untuk menjadikan struktur anatomi ini lebih realistik. Inovasi ini dapat menyediakan satu persekitaran in-vivo yang ideal bersesuaian untuk prosedur perubatan yang ringkas mahupun kompleks. Perkembangan konsep MeG3rDbermula sekitar tahun 2015 dimana keutamaannya digunakan untuk prosedur invasive minima yang melibatkan panduan imej. Maklum balas yang kuat terhadap keberkesanan model ini kepada pakar perubatan membawa kepada idea pengkomersialan. Pada tahun 2017, Lönge Medikal Sdn. Bhd. secara rasmi bergabung dengan InnoHub® Universiti Putra Malaysia untuk mengukuhkan inisiatif pengkomersialan MeG3rD.
http://www.sciencepark.upm.edu.my/artikel/cetakan_3d_bergred_perubatan_meg3rd-40793 www.sciencepark.upm.edu.my/artikel/cetakan_3d_bergred_perubatan_meg3rd-40793
0 Comments
|